Searching...
22:08 0

Zizan Jadi Cicakman 3



Zizan Jadi Cicakman 3

Filem Cicakman kini tampil dengan siri terbarunya, Cicakman 3, namun kali ini ia menampilkan pelakon dan pelawak, Zizan Razak sebagai watak superhero tersebut.

 Norman Abdul Halim berkata dia merasakan Zizan Razak merupakan pelakon sesuai dan menepati citarasa generasi kini untuk membawa watak yang dulunya dipegang oleh Saiful Apek.

 "Setelah 5 tahun tak terbitkan Cicakman, kini kami dapat rasakan ianya masih relevan untuk kami terbitkan sekuel barunya iaitu Cicakman 3. Namun banyak perubahan yang akan berlaku di dalam Cicakman 3.

"Perubahan terbesar apabila kami memilih Zizan Razak untuk memegang watak Cicakman 3 kerana dia seorang yang spontan dan dilihat mahir dalam aksi fighting. Lagipun, tak salah jika kami tukar watak utama Cicakman ini kerana jika di barat pun filem adiwira seperti Batman, Superman dan sebagainya juga mereka tidak kekal dengan satu pelakon sahaja dan berubah-ubah mengikut perdaran masa dan tahun.

"Jadi kami bersetuju memilih Zizan untuk sekuel baru Cicakman dan mungkin juga untuk sekuel seterunysa mengikut kesesuainya. Bagaimanapun watak Apek sebagai Hairi tidak mati kerana Cicakman 3 ini adalah watak baru yang bernama Man.

"Dalam Cicakman baru ini, Apek dikatakan sudah merajuk dan telah bersara. Tapi mana tahu untuk sekuel akan datang Apek kembali dan bergabung dengan Cicakman baru. Tapi itu semua dalam perancangan kami," katanya yang ditemui dalam sidang media pelancaran Filem Cicakman 3 di Hotel Peninsula, Damansara, malam semalam.

Selain Zizan, Cickman 3 turut menampilkan Lisa Surihani dan Fizz Fairuz sebagai tunggak utama filem baru terbitan KRU Studios Sdn Bhd itu.

0 comments:

Post a Comment