17:22 6

Isu rantai salib Jehan Miskin

Isu artis memakai rantai berbentuk salib memang berlaku di mana-mana. Sebelum ini, pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy pernah dikritik peminat kerana memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang memakai loket berunsurkan lambang salib.

Terbaru, giliran Jehan Miskin pula dikritik peminat di laman Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar dia dan isterinya sedang memakai sepasang rantai yang menyerupai bentuk salib. Gambar tersebut disertakan caption yang berbunyi "J&J. Thank you Thomas Sabo for the gorgeous jewelry #rebelatheart".

Sebahagian komen-komen yang ditinggalkan peminat meminta pelakon kacak itu berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori kerana dikhuatiri akan mempengaruhi pemikirannya sebagai orang Islam.

Sebagai menjawab kepada kritikan peminat tanpa usul periksa, Jehan menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap.









6 comments:

  1. x tau ke??simbol pengakap tu freemason

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow. habis macam mana dengan persatuan pengakap kat Malaysia ni? mana kau tahu lambang tu daripada freemason? ada link? aku nak buat research. pffft

      Delete
    2. Kalau nk tau pasal freemason dari A smpi Z tgk kt youtube.sbb nk terang kan satu dlm ni payah. Type "the arrival". Tgk dr part 1 utk phm. Jngn sesekali langakah sbb setiap part2 tu berkaitan... kalau langkau akan berlaku kekeliruan.. the arrival menerang kan segala2 nya kt situ. Bukan sahaja dr segi lambang2 ni.. terlalu banyak utk dicerita kan mengenai freemason ni.. kalau tak paham tanya org yg paham tahu pasal freemason ni..

      Delete
  2. macam lambang pengakap pun ada.
    cuma bahagian bawah lambang tu macam salib terbalik sebab dia tak curved.

    ReplyDelete
  3. fleur de lis ek? tp aku tgk mcm fleur de lis + salib je.. sbb lmbg fleur de lis asal rasanya k bwh tu xdek la nmpk bntuk salib sgt..

    ReplyDelete
  4. Isu tu pun nk heboh. Bodoh. Knp la dia pki... sukahati org la. Bkn dia mkn babi pun.. klu orrg nk judge tu solat 5 waktu xpe jg. Lol.

    ReplyDelete