Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Memulakan karier seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU Studios iaitu kumpulan Forteen.
Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
Muhammad Izzul Islam Mazlan telah mendirikan rumahtangga bersama dengan gadis pilihan hatinya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Tidak berselindung mengenai tempoh perkenalan mereka, Izzue menjelaskan mereka sudah bercinta sejak lima tahun lalu.
“Sebenarnya, saya sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue.
"Dari situlah, kami berkenalan. Dia pesan makanan dan Izzue pergi hantar. Mula-mula kami berkawan baik dan akhirnya bercinta sampailah Izzue menjadi artis."
Selain itu, Izzue juga yakin dengan pilihannya memilih Awin sebagai teman hidup;
“Izzue yakin, Izzue tidak salah pilih orang untuk dijadikan teman hidup. Susah senang Izzue dia memang ada bersama Izzue.
“Macam Izzue cakap, rugi kalau Izzue lepaskan seorang wanita yang memang Izzue dah kenal hati budi dia,” katanya
"""“Macam Izzue cakap, rugi kalau Izzue lepaskan seorang wanita yang memang Izzue dah kenal hati budi dia,” katanya """,,,auuwww so swettt,,,untung yee Awin,,,tahniah,,,,
ReplyDeleteAGREEEEEE NGN IZUE...TAK MCM SESETENGAH ARTIS, DAH POPULAR TEROS TINGGALKAN TUNANG NK YG CANTEK2...CONTOH MAWI! HAHAH
ReplyDeletestu ag contoh,khairul fahmi che mat~
ReplyDelete