23:10 0

Johan As'ari rancang bertunang bulan Disember

Walaupun tidak bercinta, pelakon Johan As'ari tetap bercadang untuk bertunang dengan seorang wanita yang berjaya membuka hatinya pada hujung tahun ini.

Johan yang enggan mendedahkan identiti wanita tersebut kerana bimbang perhubungan tidak menjadi memberitahu gadis tersebut tahu niat Johan yang ingin merisik dan bertunang pada hujung tahun ini.

"Kami belum menjadi pasangan kekasih, begitu juga masing-masing tidak mengisytiharkan wujudnya apa-apa hubungan istimewa antara kami. Maknanya dia masih boleh berkawan dengan sesiapa yang disukainya, begitu juga dengan saya. Begitupun, dia tahu saya merancang untuk bertunang dengannya jika ada jodoh. Biarpun kami bukan saling memiliki ketika ini, kami tetap percaya takdir. Paling penting dia sedar saya tidak mempermainkannya," jelas Johan kepada Berita Harian.

Johan turut mengatakan jika mereka berdua memang ada jodoh, dia akan bertunang pada Disember depan dan jika perancangannya itu tidak menjadi, pelakon "Juvana" ini menganggap mereka tidak ditakdirkan untuk bersama. Pelakon berusia 27 tahun ini juga tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama dan mahu perkahwinan dijalankan pada tahun depan. Dia yang bakal menjalani penggambaran drama siaran RTM di Dubai selama dua bulan menggunakan alasan tersebut untuk mengikat hubungannya dengan wanita berkenaan.

"Enam bulan tempoh paling sesuai untuk kami saling mengenali hati budi dengan lebih mendalam. Ia juga detik yang baik untuk kedua-dua keluarga saling berkenalan sebelum ikatan sah sebagai suami isteri dimeterai. Jika tiada aral melintang, saya akan mendirikan rumah tangga tahun depan."

0 comments:

Post a Comment