05:13 7

Johan Diancam Bunuh

Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri pada Sabtu.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

7 comments:

  1. Tak tahu nak cakap apa. Aku just nak cakap, jangan main2 dgn org sarawak. Org sarawak semangat diaorg lain sikit. Lagi bersemangat dari org semenanjung

    ReplyDelete
  2. semua org same jelaaaaa....1 malaysia la bongokkkkk

    ReplyDelete
  3. kah kah kah,sbb bola pun nak bunuh bagai,kahkahkahah,macam ni bola sepak malaysia x kemana,stakat bangga dalam malaysia je

    ReplyDelete
  4. bola sepak malaysia kan tahap adik2.. adik2 mana tahan kena maki. haha. adoi, bola punya psl pun mau bunuh2 ka?

    ReplyDelete
  5. Sarawak = Sakai..
    sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakai ape..?

      Delete
    2. Mai Sarawak aku tujuk hang maksud sakai.

      Delete