11:13 0

Kahwin Membosankan - Haliza Misbun

Pelakon Haliza Misbun tampil dengan imej baru yang menunjukkannya masih kekal cantik dan langsing biarpun usianya kini sudah mencecah 40 tahun.

Walaubagaimanapun persoalan yang sering dihadapinya ialah "bila nak kahwin??'.

 Menjawab pertanyaan yang dilantunkan kepadanya, ternyata Haliza tidak berselindung. Katanya: “Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.” 

 Haliza juga tidak mahu berkahwin disebabkan tekanan daripada keluarga atau teman-teman yang tidak mahu dia terus hidup membujang. Jelasnya, sampai masa nanti jika bertemu dengan lelaki yang sesuai, dia tetap akan berkahwin.

 “Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya,” ungkapnya sambil ketawa. Haliza sebelum ini pernah bersuara dan menimbulkan kontroversi yang dia tidak akan memilih lelaki Malaysia sebagai suaminya.

Bagaimanapun, persepsinya kini mula berubah. Katanya, dia tidak kisah apa juga status lelaki itu asalkan dia boleh serasi dengan lelaki tersebut.

 Tentang isu lelaki pucuk muda yang kini menjadi dambaan kebanyakan artis wanita, ujar Haliza, jika pemikiran lelaki muda itu matang ia tidak menjadi masalah buat dirinya.

 Berkongsi mengenai rahsia dirinya yang semakin cantik dan kurus, kata Haliza, dia tidak pernah berdiet, tetapi mengamalkan senaman sejak berumur 29 tahun lagi.

 “Tiada rahsia apapun, cuma kena gigih bersenam. Sejak berumur 29 tahun, saya tidak pernah gagal untuk bersenam setiap hari,” luahnya

0 comments:

Post a Comment