13:08 1

Maut selepas koma selama 6 hari akibat dipukul mat rempit


Seorang pemuda yang dibelasah 15 mat rempit selepas didakwa membaling mercun di Kampung Pak Katak, Jalan Semarak, di sini, Khamis lalu, meninggal dunia kelmarin, selepas enam hari koma. 
Mangsa berusia 25 tahun dari Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata berikutan itu kes berkenaan yang awalnya diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan ke rana menyebabkan kecederaan, kini disiasat mengikut Seksyen 302 akta sama kerana kesalahan membunuh. 
Dalam kejadian pada kira-kira jam 6 pagi Khamis lalu, abang ipar mangsa berusia 34 tahun menerima panggilan daripada seorang anak saudaranya, memaklumkan mangsa cedera parah dibelasah beramai-ramai dan dimasukkan ke HSNZ untuk dirawat. 
Lelaki terbabit yang mendapati mangsa tidak sedarkan diri di hospital kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu. 


“Sebelum kejadian berkenaan, mangsa bersama beberapa rakan berkumpul di kawasan terbabit bersama beberapa kumpulan mat rempit lain sebelum satu kumpulan mendakwa mereka dilontar mercun. 
“Kumpulan mat rempit seramai 15 orang mendakwa kumpulan mangsa melontar mercun dan berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditendang serta dipukul dengan topi keledar di kepala hingga parah,” katanya, semalam. 
Manoharan berkata, berikutan kejadian itu seramai 15 orang berusia antara 18 tahun hingga 28 tahun daripada dua kumpulan mat rempit sekitar Kuala Terengganu sudah ditahan bagi membantu siasatan.
-berita harian


1 comments:

  1. bodoh + bangang....macam binatang dahhh...bongok punye mat rempitttt

    ReplyDelete