12:58 0

Yazid Kecewa Dengan Ahli kumpulan SEARCH

Pemain drum kumpulan Search, Yazid yang kini menerima rawatan di Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 11 Ogos lalu dan sedang menantikan penderma buah pinggang yang sesuai.

“Dua-dua buah pinggang saya dah rosak. Sekarang ni saya kena menjalani rawatan dan sedang menunggu penderma buah pinggang yang sesuai. Kalau ada, saya mungkin akan segera jalani pembedahan”

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Yazid luahkan perasaan kecewa beliau kerana tiada seorang pun ahli kumpulan Search yang datang melawatnya sejak di’masukkan ke hospital.

Ketika saya bertenaga, khidmat saya diperlukan tetapi apabila sakit, saya seperti dibuang ke tepi longkang,” luah hati Yazid yang turut berkata keadaannya ketika ini semakin kronik.

“Ketika masuk ke hospital, saya ada menghubungi mereka memaklumkan keadaan saya, tetapi masing-masing menyatakan mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti. Masalah peribadi mereka tiada kesudahan”

Yazid juga menyatakan yang beliau tidak berkesempatan bertemu dengan anggota Search sejak Ramadan lalu kerana tahap kesihatannya yang memerlukan beliau untuk banyak berehat di rumah.
-rotikaya-

0 comments:

Post a Comment