Searching...
21:44 0

Nasha Aziz jatuh longkang pada malam raya

Dalam Majlis Berbuka Puasa Astro baru-baru ini, pelakon terkenal, Nasha Aziz atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 42, sempat berkongsi beberapa pengalaman pahit yang pernah dialaminya di malam raya pertama.

Menurut supermodel itu, salah satu pengalaman pahit yang paling diingatinya ialah ketika terjatuh ke dalam longkang gara-gara terlalu teruja hendak menghantar para tamu yang berkunjung ke rumah neneknya. Jom baca cerita pengalaman paling pahit pernah dilalui oleh Nasha Aziz di bawah.

“Saya ni dulu masa kanak-kanak, seorang yang aktif dan lasak. Paling saya ingat, kalau setiap kali hari raya apabila tetamu datang ke rumah nenek saya, pasti saya pun ikut sibuk menyambut tetamu. Tetamu nak balik, saya pun ikut sibuk hantar sampai luar depan rumah. Depan pagar rumah saya ada satu bangku batu, setiap kali iring tetamu balik, saya akan berlari dan terus panjat tembok tu."

“Nak jadikan cerita, masa tu malam raya pertama. Para tamu di rumah kami nak pulang. Jadi saya seperti biasa akan berlari dulu ke depan sebab nak panjat bangku tu. Entah macam mana saya boleh terjatuh dalam longkang betul-betul kat depan bangku tu."

“Bila dah jatuh tu saya terus terdiam, tergamam. Nenek saya pun terjerit-jerit la nama saya nak pastikan saya okay. Mujurlah hanya luka-luka sikit saja. Tapi yang lucunya, nenek kata, “hah! tu mesti ada ‘benda’ yang tolaklah tu”. Padahal, cucu dia ni dah salah bajet, lari laju sangat.”



0 comments:

Post a Comment