13:32 15

Pendedahan Aidil terhadap kes cerai Rita


Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak. Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.
Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian hari ini, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.
Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.
Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil
“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban
“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkan lah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.
Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu.
 - Malaysian Digest



15 comments:

  1. Replies
    1. tak baik lah kita suami isteri tak baik gaduh..........

      Delete
  2. alaa bende bole bncang lagi pun . pucuk pangkal nye ht ,dulu syg kntot pun bau wangi . skg masing2 dok buke pekung masing2 . ahh choii !

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu.,balik kmpung pn nk gaduh,kalau ati dh bnci,ape pn bleh jd,

      Delete
  3. hmm dah2 bertahun2 mcm nilah jugak masing2 bg alasan..so lafaz dh dibuat..so 2-2 lbh baik diam..

    ReplyDelete
  4. x tahu mna betul mna tidak .. dua2 sedang menegak kan dan mempertahan kan diri masing2 ..

    ReplyDelete
  5. ambil kisah nabi Ibrahim dgn isteri Nabi Ismail. apa jua yg terjadi, disini yg banyak mengaibkan org ialah RR. susahlah mcm ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. C suami pun apa kurangnya...klau dia suami yg baik psti dia dpt mmbimbing isterinya...

      Delete
  6. penekanan terhadap ilmu umah tngga perlu di tingkatkan..

    ReplyDelete
  7. Apa benda ni kecoh 1Malaysia ni.....awak nak bercerai ko atau dah bercerai ko lantak hang la....

    ReplyDelete
  8. Ala boring lah cerita pasal diorang. Dah cerai tu dah lah. Anggap je mmg tkde jodoh. Tak yah masing2 sebok nak ptahankan diri

    ReplyDelete
  9. Putry Syahidah Megat Abdullah20 August 2013 at 17:40

    Kita tak tahu siapa yg salah sebenarnya.Jangan main tuduh saja.Silap2 kita tambah dosa sendiri.Doakan saja yang terbaik buat mereka.Fikirlah anak2 kalian masih kecil lagi.

    ReplyDelete