16:48 0

Ustaz Don Daniyal bakal jadi ayah.


Isteri Ustaz Don Daniyal, Husna Mohd Zahry, 25, kini dilaporkan sedang hamil anak sulung pasangan itu selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Penceramah popular yang merupakan seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) walau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa usia kandungan isterinya itu.
“Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin
melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.
“Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Pasangan ini diijabkabulkan pada 23 Ogos tahun lalu di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya.



0 comments:

Post a Comment