11:30 4

Punca Ustaz Azhar Idrus kemalangan

Umum mengetahui pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus telah terbabit dalam satu kemalangan ngeri di Kampung Pengadang Baru, Terengganu sekitar pagi Sabtu selepas kereta jenis Volkswagen Golf GTImiliknya berlanggar dengan sebuah kereta jenis proton iswara di kawasan lampu isyarat, berhadapan dengan bangunan Desa Murni.


Walaupun, kedua-dua kereta itu mengalami kerosakan teruk terutamanya di bahagian depan namun kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sejurus berlakunya kemalangan itu, para peminat Ustaz Azhar di Facebook dan pengikut UMNO mula berdebat dan bergaduh sesama sendiri. Pergaduhan ini berpunca daripada tindakan pengikut UMNO yang mendakwa Ustaz Azhar melanggar lampu isyarat dan memandu laju.

Demi mempertahankan Ustaz Azhar, admin Blackout 505 Suara Rakyat Suara Keramat telah berkongsi sekeping gambar ilustrasi yang menggambarkan bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku.

Gambar itu kemudiannya mendapat banyak komen dari para pengguna Facebook lain yang membidas kenyataan pengikut UMNO itu dan meminta mereka segera menyatakan permohonan maaf kepada Ustaz Azhar. Antara komen-komen yang ditinggalkan adalah berbunyi seperti di bawah.





4 comments:

  1. admin,kalau blh x payah la nak mention perkataan macai tu..knp nak keruhkan lg keadaan...awk tu dh la blogger..jgn nak jd nasi tambah dlm isu ni...

    ReplyDelete
  2. setuju dengan sue ray coz Nampak sgt awak tu sebelah tu sebelah kan satu pihak je...kite x tahu ape yg jadi sebenarnye..so don't make any speculation..

    ReplyDelete
  3. Setuju kata2 diatas

    ReplyDelete
  4. haha...terase ke?

    ReplyDelete