09:35 5

Rita Rudaini diceraikan talak satu melalui SMS.



Pagi ini, rangkaian berita radio Malaysia telah melaporkan yang Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Tidak dapat dipastikan mengapa Aidil membuat keputusan drastik tersebut, namun ramai juga yang membantah tindakan Aidil, apatah lagi beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya.

 Spekulasi di Internet tersebar luas yang ia ada kaitan dengan hubungan Aidil dengan seorang wanita yang juga dikatakan teman wanitanya, Zarema Zainal. Zarema ada mendedahkan sedikit sebanyak hubungan mereka di laman sosial yang telah berjaya dihidu oleh peminat Aidil. Rita juga ada mendedahkan bahawa Aidil sememangnya bercinta dan akan berkahwin dengan Zarema Zainal

Sebelum ini, lebih dari setahun lepas iaitu sekitar Mei 2012, Aidil pernah memfailkan permohonan cerai namun Rita tidak bersetuju. Permohonan itu tidak berjaya dan  mereka masih belum bercerai tetapi masih tidak tinggal sebumbung.

Pada masa itu, Rita yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.
Ini kerana tiada sebarang perbincangan­ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai). Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu.
Aidil sebelum ini didedahkan oleh Rita mejalin hubungan dengan adik perempuan kepada kawan rapat bekas suaminya itu, yang dinafikan oleh Aidil.

Diharap Rita dapat bersabar dengan dugaan ini kerana apa pun, hidup perlu diteruskan demi anak-anak.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi berkenaan perceraian ini dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak. -beautifulnara-





5 comments:

  1. Ya Allah..nak raya ni wei....hmm harap Rita lebih sabar :(

    ReplyDelete
  2. Biarlah Rita... andai itu yang Aidil mahu..lagipun dah lama rita sendirian menanggung anak2 berperanan sebagai ibu dan bapa..tanpa sedikit ada perasaan dan tanggungjawab dari pihak Aidil sebagai suami dan sebagai bapa.Begitu juga disebelah keluarga Aidil..harap dengan perceraian ini akan puaslah hati2 yang ingin melihat mereka berpisah..Bersabarlah Rita..rumahtangga yang dibina diatas kehancuran hidup orang lain..tidak akan bahagia.

    ReplyDelete
  3. tulah kahwin ngan budak2,mcm tulah jadiknya.... enjoy xpuas lagi dah gatal nak berbini.......

    ReplyDelete
  4. kalau kahwin nak family mertua tentukan kebahagian anak laki dia.... memang bodoh laki tu,,,, aku pantang betullah dgr hal mcm ni..... PENCERAI SUAMI ISTERI ADALAH DILAKNAT OLEH ALLAH S.W.T

    ReplyDelete