12:29 0

Uqasha Senrose Diraba Ketika Sedang Tidur



Uqasha Senrose dikatakan telah diraba ketika menjalani pengambaran sebuah drama. Beliau telah memaklumkan kejadian tersebut benar berlaku dan membuatkan dirinya berang dengan perbuatan tidak bermoral individu terbabit. 

“Kejadian raba ni terjadi didalam kereta sewaktu saya sedang tidur. Tapi mujurlah waktu itu saya tersedar dan saya dapati yang buat benda keji ni adalah pembantu peribadi saya sendiri yang merupakan seorang pengkid. "

"Disebabkan tidak boleh terima perbuatan terkutuknya itu saya mengambil keputusan untuk pecat dia serta merta.”

“Agak malang juga bagi saya apabila bekas pembantu peribadi saya itu hanya baru sehari sahaja mula bekerja & sudah membuat perkara sedemikian."

" Saya juga mengambil keputusan untuk tidak laporkan hal ini kepada pihak polis kerana tidak mahu mencari musuh dan hal ini selesai begitu sahaja.”

Jelas Uqasha akibat trauma dengan apa yang telah terjadi dirinya kini tidak berniat untuk mengupah mana-mana individu untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya dan menganggap hal ini merupakan satu pengalaman yang akan membuatkan dia lebih berhati hati dimasa akan datang.

0 comments:

Post a Comment