Sebut sahaja nama Nabila Huda, pasti terbayang seorang wanita yang imejnya seksi, sering bertukar kekasih dan tidak peduli dengan kata-kata orang.
Terlibat dengan kemalangan semalam, ramai yang menyatakan ia satu petunjuk daripada Allah kepada Nabila.
Malah ayah kepada Nabila Huda, Amy Search turut sama mengeluarkan pendapat yang serupa.
Malah Amy menyokong kata-kata bekas suami Nabila Huda mengenai membawa cucunya ke tempat kerja.
Kata Amy Search kepada portal Murai:-
Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja.
Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.
Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.
Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara.Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.
0 comments:
Post a Comment