SIAPA yang tidak tertekan apabila dikaitkan mempunyai skandal dengan isteri orang, dan itulah yang dialami oleh pelakon popular, Adi Putra.
Namun sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangat pelakon filem KL Gangster 2 itu.
"Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.
"Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya ketika ditemui Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort.
Adi Putra berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.
“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa ALLAH.
"Macam seperti hari ini, saya tetap memenuhi undangan majlis amal ini untuk membantu mendapatkan dana bagi pertubuhan tersebut,” katanya.
Beliau mengakui turut memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan hadir memberikan keterangannya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.
“Saya memang bekerjasama dan benar saya ada pergi beri keterangan kepada pihak polis untuk siasatan yang dijalankan. Apa yang saya boleh bantu untuk teruskan siasatan, saya akan buat dan mudah-mudahan boleh membantu,” katanya.
Turut sama terkena tempias ketika kontroversi Ini terjadi tentunya isteri Adi, Aida Yusof. Jika sebelum ini pasangan ini pernah mempunyai masalah rumahtangga dan hampir bercerai.
Aida turut dilihat sama menemani suaminya di malam tayangan media KL Gangster 2 malam tadi.
Jelas Adi, Aida sentiasa bersamanya. Hubungan dia dan isteri semakin rapat. Malah Adi merancang membawa keluarganya bercuti.
“Setakat ini hubungan kami suami isteri baik. Malah dialah satu-satunya isteri yang saya sayang dan cintai. Dia sentiasa bersama saya walau susah dan senang. Saya nak bawa isteri dan anak kami Adelia bercuti. Masih nampak hubungan kami goyah?”
0 comments:
Post a Comment