14:05 0

Black Mentor sudah bergelar seorang suami


Menerusi Laporan dan gambar daripada blog Rotikaya, Black Mentor dan pasanganya telah selamat menjadi suami dan isteri. Ikuti laporannya :-

Penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti TV Mentor, Hanifah Bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi sekitar 12.06 tengahari tadi.
Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Shukri Yaacob yang merupakan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu itu telah dijalankan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dan mas kahwin berjumlah RM80 dengan wang hantaran sebanyak RM12000.
Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.







0 comments:

Post a Comment