20:18 1

Maut selepas berasmara

Seorang warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas melanggan pelacur di sebuah hotel bajet di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, lelaki berkenaan yang berumur 66 tahun, dilihat sendirian memasuki perkarangan hotel berkenaan pada jam 10 pagi.

Lelaki terbabit yang masih bujang diberitahu mendaftar masuk sebuah bilik yang terdapat lima pelacur, namun pengsan sebaik sahaja selesai melakukan hubungan seks bersama salah seorang daripada wanita terbabit.

Kesemua wanita terbabit yang panik melihat keadaan lelaki terbabit bertindak memanggil pemilik hotel berkenaan untuk memaklumkan insiden berkenaan sebelum menghubungi ambulans.

Hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini mendapati warga emas berkenaan sudah meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu. Katanya, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat HPSF untuk bedah siasat dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

-Sinar Harian


1 comments: