15:20 0

Bront Palarae nafi bernikah

Nampaknya berita perkahwinan Bront Palarae Sabtu lalu seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia sudah tidak diketahui kebenarannya.

Ini kerana empunya badan sendiri menafikan berita tersebut. Siapa yang bercakap benar? Takkanlah Bront nak menipu dalam bab-bab sepenting ini kan?

Berkata kepada portal GUA, Bront Palarae berkata dia berada di konti radio pada hari kejadian.

Kata Bront:-

Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu ‘Psiko Pencuri Hati’. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini. Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun. Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut.

Yang peliknya pihak Utusan Malaysia mempunyai gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Bront Palarae.

Namun gambar-gambar itu telah dipadamkan atas permintaan Bront sendiri.

Sudah pasti ada sekeping dua gambar yang tidak dipadamkan. Kalau mahu menunjukkan diri berada di pihak yang benar, Utusan Malaysia kenalah berkongsi gambar-gambar tersebut.




0 comments:

Post a Comment