11:17 0

Datuk Ajak Soo Wincci Jadi Escort Girl




Penyanyi dan pelakon Soo Wincci mendedahkan sikap buruk seorang VIP bergelar Datuk yang sanggup menawarkannya wang RM30,000 hanya untuk menjadi penemannya makan malam dan mengajak melakukan perkara yang tak sepatutnya.

Wincci, 27, berkata, insiden itu berlaku beberapa tahun lalu ketika di awal kemunculannya sebagai artis yang benar-benar menakutkannya.

"Ketika di awal kemunculan, ada beberapa individu bergelar Datuk menawarkan saya wang untuk mengajak saya melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Malah saya pernah didatangi seorang Datuk selepas mengadakan persembahan nyanyian yang sanggup menawarkan saya wang RM30,000 untuk ajak keluar makan," katanya.

"Tetapi mujurlah saya bukan seorang yang mudah mempercayai orang. Bayangkan apa yang berlaku kemudian jika saya melibatkan dengan orang kaya yang mahu mengambil kesempatan.

“Mungkin kerjaya seni yang selama ini saya usahakan akan musnah begitu sahaja," ujarnya.
-mstar-

0 comments:

Post a Comment