Kesian, sudah jatuh ditimpa tangga. Pelakon Syazwan Zulkifli kesal ada peminat sengaja mencetuskan spekulasi konon dia menjalin hubungan istimewa dengan Nabila Huda selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, Ahad lalu.
Syazwan yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) pada hari kejadian, mempersoalkan motif peminat menyebar dakwaan itu sedangkan mereka keluar bersama kerana memenuhi komitmen tugas.
“Lagipun ini bukan kali pertama kami pergi ke mana-mana lokasi bersama.
Cuma nasib tidak baik apabila kami ditimpa kemalangan.
“Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta,” katanya kepada HIP.
Syazwan berkata, dia bertambah kesal apabila ada pihak menuduhnya mabuk ketika kemalangan itu berlaku.
“Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” katanya yang mengaku masih dirundung rasa bersalah kerana menyebabkan anak Nabila, Keisha Laila, cedera dalam kemalangan itu.
[gambar kemalangan -> klik sini]
[video keisha kemalangan -> klik sini ]
[kenyataan ibu tiri Nabila Huda > klik]
[Bekas Suami Abil mengamuk sakan ]
Namun, Syazwan bersyukur kerana Tuhan melindungi mereka.
Menurutnya, jika melihat keadaan kenderaan miliknya, tentu ramai yang tidak menyangka mereka terselamat.
0 comments:
Post a Comment