01:33 0

Kilafairy Lebih Menonjol Sebagai Simbol Seks



Nama Kilafairy mula disebut-sebut selepas membintangi filem Karak beberapa tahun dahulu dan semenjak tu, Kilafairy semakin dikenali dan pernah beberapa kali dihimpit kontroversi dek kerana penampilan dan wajahnya yang membuatkan para lelaki cair.

Perkara tu memang disedari oleh Kilafairy dan ia bukan la sesuatu yang dibanggakan oleh anak dara selebriti Rohana Jalil ni. Malah selepas 4 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan nie, Kilafairy ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap dirinya.

Kata Kilafairy:

“Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa.

Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang,”



=mig=

0 comments:

Post a Comment