12:14 0

Mizz Nina Pakai Tudung


Alhamdulillah, menerusi tumbler dan facebook Noh Hujan telah berkongsi beberapa keping gambar dia dan isterinya Mizz Nina berhijab ketika mengikuti kursus bacaan Al Quran kaedah Al Badar selama 3 hari.

Alhamdulillah, kita doakan semoga Mizz Nina terbuka hatinya untuk terus mengenakan hijab.

Jarang-jarang sekali penyanyi berkonsep urban pop Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil dengan imej berhijab sebegini.
Memang nampak manis dan ayu kan.
Gambar ini telah dikongsikan oleh suami kesayangannya, Noh Hujan menerusi laman Instagram, pagi tadi.
Rata-rata ramai peminat memuji penampilan Mizz Nina sebegini dan berharap dia dapat mengekalkan imej tersebut di masa hadapan.
Untuk makluman pasangan romantis, Nina dan Noh melangsungkan perkahwinan pada 1 Julai 2011 dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Mizz Nina yang terletak di Ampang Jaya, Selangor.

Jom lihat gambar tersebut dibawah.





0 comments:

Post a Comment