12:23 1

Punca majalah Mangga diharamkan


Ekoran gambar aksi peluk Stacy Angie bersama adiknya, Chaq ketika menghiasi muka depan Majalah Mangga. 

Fatwa difahamkan telah mengambil tindakan untuk mengharamkan penerbitan majalah tersebut kepada umum.

Berikut ialah kenyataan ringkas Mufti Kedah berhubung pengharaman itu - 

"Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif."

Tindakan pengharaman ini memang ada logik dan benarnya juga namun dengan akses internet yang lebih mudah diperolehi berbanding membeli majalah mangga. 

Tindakan sedemikian hanya memberi impak yang sangat minimum kepada umum. Apapun, ianya satu langkah yang dianggap positif khusus kepada umat muslim.







1 comments:

  1. majalah murahan.. sampah nak jd artis kena buka baju itu ini.. dan pamer dalam majalah.. baek pic artis lelaki dan pompuan dalam ni mesti ada part tayang body .. tepi kolam mandi.. ini ke nak ditunjukkan pada generasi akan dtg.. fikir2kan lah..

    ReplyDelete