21:40 36

Surat terbuka buat Dato' Najib

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin




36 comments:

  1. Setuju sgt ngn siti hajar. Harap PM beri perhatian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih siti hajar kerana menanyakan segala persoalan rkyt malaysia

    ReplyDelete
  3. Sy sokong tindak kan awk.harap2 PM akan ambil tindak kan yg wajar dan pantau dgn perniaga2 yg m'gambil kesempatan dgn kenaikkan harga minyak.

    ReplyDelete
  4. Saya sokong apa yg diperkata n dipersoal...pihak kerajaan seharusnya menitikberatkn mengenai ekonomi akn dtg..bkn keuntungan masa skrg

    ReplyDelete
  5. saya sokong dengan segala isi surat tersebut..

    ReplyDelete
  6. Sy suka kt awk siti hajar , awak cantik serta berani ! I love u

    ReplyDelete
  7. Sokong sesgt tp persoalnnyer adakh surat ni dbace dn dkaji oleh PAK NAJIB kt yg dh bute ati n tuli plk telinge n beku dh otaknye tu?? Harap PAK NAJIB YG TUUUUUT tu bc, fhm, kaji n cr pnyelesaian yg trbaik tuk rakyat.. bkn tuk bini n ankbranak die je! Srt ni adelah wakil Dr rkyat Malaysia..

    ReplyDelete
  8. Setuju....terkilan dgn peniaga yang menaikkan harga keperluan harian.kenapa nk salahkan kerajaan? Bukan kerajaan yg jual brg2 keperluan harian.pandai merungut ,dlm diam kaut keuntungan untuk kekayaan sendiri.renung renungkanlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenaikan itu berlaku kerana najib dah istiharkan kenaikan
      minyak...tu pun tk faham ke...cetek akal btul...

      Delete
    2. Sila pahami kandungan surat dengan betul...

      Delete
    3. Alahai...mst xpnh blaja ekonomi ni..dh kate minyak naik sume brg pon akan terkena tempiasnye..peniaga nk beli brg or ape2 je gu a kenderaan yg gunakan minyak..aduyaii..bkn soal kerajaan jual brg keperluan harian..ish...org cmni pon ade..

      Delete
    4. dia orag ape?? bengong celik la sikit. ni malas nk pikir .ALAMAK!!

      Delete
  9. Agak2 beliau kesah?

    ReplyDelete
  10. Setuju,dengan luahan Dan pandangan Yang diberikan

    ReplyDelete
  11. Terbaik lah. BAgus dan harap lepas ni lg ramai rakyat yg berani seperti cik siti hajar supaya isu ni terus dan terus mendapat perhatian

    ReplyDelete
  12. setuju sangat... lagi satu nak tambah.. bagaimana dengan harga tol.. jalan sidikit ada tol.. perlu ke tol banyak2? kata nak kurangkan beban rakyat... macam negara lain pun ada tol tapi tak lah banyak sangat tol berbanding malaysia..

    ReplyDelete
  13. Sokong apa yang diperkatakan oleh beliau. Sambil2 tu marilah jana pendapatan dari apa yg anda laburkan pada topup telefon anda. http://bit.ly/JX8mEM

    ReplyDelete
  14. Semua yg dikatekan adelah tepat....saya sbgai despatch shj n wife sbg cahier di pam minyak...ikot gaji campur sume kurang dr 3500....saya ader anak 7 taun sk rendah n sk agame...lg sorg anak kecik lagi dgn susu dn keperluan yg lain.....nk byr kete moto lagi umah.....brg dapur n bill2 lain....kekadang 2 duit smpai x cukup....nasib baik allah ni nk permudahkan hidup saye terpakse pinjam kt company...2 pon potong gaji untuk bln dpn....Kekadang 2 rase nk menangis mengenangkn anak bini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak stay area mana? jumpa saya boleh? ada something nak share and saya jamin awak akan keluar dari masalah ini.

      Delete
  15. Semuanya naik.Masih tak cukupkah bagi menampung kekurangan subsidi minyak? Untuk apa dinaikkan harga minyak dan etc? Kami rakyat perlu tahu!

    ReplyDelete
  16. Stuju dgn sgala isi surat n psl byk tol yg ade kt mlysia ni..sya lpasan diploma n gaji hnya 1300..nk byr sgala kperluan n stiap bln hnya ade 2ratus lebih utk tanggung Sebulan

    ReplyDelete
  17. apa yg dia katakan memang saya setuju sedangkan gaji suami saya pun rm3,000++ dia pun kerja kerajaan.macam-macam dia kena bayar personnel loan,motor,nafkah,makan minum,petrol dan sebagainya tp nasib baik ada tolok elaun utk bayar quarter.ni pulak akan datang insyallah ada rezeki ada anak pun bertambahlah dia kena support.harapkan bonus hmmm...setahun sekali je.tp.saya kesian suami saya,banyak berban dia pikul.sepatutnya sbg PM,dia concern apa rakyat sendiri hadapi sekarang ni bukannya setakat poilitik je itu yg rakyat tak puas hati petrol dah naik la tu la macam2 la.

    ReplyDelete
  18. saya bapa tunggal 3 anak yg saya bela sendiri. pendapatan sy RM350 sebulan. ( JKM bagi RM200 PZS bagi RM150 ) anak saya semua bersekolah.. kalau saya bekerja. anak saya perlu dihantar ke baby sitter yg perlu saya bayar. saya seorg pesakit kanser dan baru menjalani bypass jantung. kerja berat apa yg saya mampu buat di umur 40an ini dengan kesihatan yg tak mengizinkan. inipun sy gagahkan masak makan utk anak2 dan jaga pakaian mereka sendiri.? anak saya semua bawah 13 tahun. saya tiada kereta yg membuatkan saya membeli petrol..bil letrik saya dah lama tak berbayar. nasib baik air pun dapat free. apakah cik fikir BRIM tidak baik utk saya ? Cik jgnlah fikir diri cik saja... sya juga duduk di bandar.. semuanya mahal.. kalau BRIM di hentikan.. minyak mungkin turun... tapi apa untung nya saya? brapa sen sangatlah harga barang akan turun ? sekurang2nya BRIM umpama duit terpijak bagi saya. masa ni lah anak2 merasa apa yg mereka mahukan, termasuk makan kfc ke.. selalunya mereka pandang saja.. atau tunggu saudara mara yg prihatin belanja.. harap cik memandang jauh kebawah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik boleh guna internet ni dah kira kaya la ni... x susah kalau fikir jauh.. tapi jangan fikir negetiv je. perniagaan dari rumahkan dapat membantu. Janji iklas dalam kerja.

      Delete
  19. bangsaku bkn kecil hati dan jiwanya, bkn kah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka. bkn kah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga. selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang, bkn kah bangsaku pernah mengharung samudera. menjajah dunia yg tak dknl. bkn kah mereka pernah menjadi wira serantau. yg tdk mengenal erti tkut dan kematian. dmanakah silap nya. hari ini jalan ini, pasti semakin beliku.. kerana masa dpn belum tentu menjanjikan syurga. bg mereka yg lmh dan mudah kecewa. perjuangan kta blm selesai kerana hanya yg cekal dan tabah dpt membina mercu tanda bangsanya yg berjaya.

    ReplyDelete
  20. Gaji rm700 klu bsyukur in sya allah cukup... klu gaji rm10k tpi x reti bersyukur mmg x ckup... klu allah nak tarik rezeki yg x reti bsyukur sekelip mata je... cukup la sekadar ape yg ada... ikot kemampuan... klu gaji rm2000 nak pki honda civic dan umah banglo mmg x cukup la... perempuan zaman skrg mengejar kemewahan. Mencari harta dunia... harta akhirat dketepikan... lihat la bumi skrg ni... byk bencana yg timbul angkara org yg x reti bersyukur dan engkar kpda allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah jika bersyukur dgn sedikit pun mencukupi...tapi skrg ni semua nk dibayar ngn duit...klau dah sampai dan nafkah terabai ,adakah cukup ngn bersyukur aje...lainlh klau mak bapak org kaya...buat muka tk malu...menumpang mcm parasit..sok2 mak bapak pun menyampah...

      Delete
  21. betul3..sy bersetuju sesangat..dlm keadaan skrg ni apa yg kita dapat lakukan..seolah-olah nak ditelan mati mak nak diluah mati bapak! hidup kena terus hidup tp dlm kemiskinan dan tertekan dgn perlambungan yg melampau2 segala2nya..

    ReplyDelete
  22. Sy bersyukur dgn ape yg sy ade skg..

    ReplyDelete
  23. setuju sangt tu...apa yang dya cakap semua betull..walaupun saya sekanrng masih seorag pelajar diploma semester 4.tpi saya serba sedikit tahu tenttang bebanan rakyat sekarng.byangkan masa sekrang pun harga2 barang da mcm tu..sebagai contoh rumah...harga rumah sekrang jarang yang kita jmpa rm200 000 ke bawah.. so bayangkan la mcm na masa hadapan saya nanti..

    ReplyDelete
  24. saya setuju apa yg di bangkit dlm surat ini,harap2 dpt dipertimbangkn oleh pm demi kesejahteraan rakyat dn juga dpt meringankn beban golongn bawahan yg masih d tahap kemiskinan..bg yg berpendidikan tggi sudah pasti gajinya beribu tp bg yg hanya sekadar spm sdh pasti gaji lbh rendh malahan ada yg tak smpai seribu..harga brg semua sm x kira yg bergaji besar atau kecil...kos hidup sekarang ckup tggi ...

    ReplyDelete
  25. Betul la apa kau cakap tu , Kami yang gaji RM 800 ni macam mana rasanya ? Spm pon takde , Bersyukur la kau masih boleh pergi jauh , Kami ni . Hmmm . Biarlah didunia ni susah , Di akhirat nanti siapa yang tahu , Amin .

    ReplyDelete