13:54 0

Tahniah, Bront Palare Sudah Berkahwin


Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut yang Bront Palarae telah selamat bergelar suami kepada seorang wanita yang merupakan kenalan lama beliau dalam satu majlis tertutup hujung minggu lalu.

Tidak ada seorang rakan artis dan juga media dijemput atau hadir di majlis itu yang dibuat secara bersederhana. Walaubagaimanapun, pihak media, wartawan dari Utusan berjaya menghidu majlis pernikahan itu.

Majlis pernikahan yang hanya dihadiri oleh saudara terdekat itu diadakan selepas Asar di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Taman Tun Dr Ismail, Ustaz Muda Ali dengan mas kahwin sebanyak RM30.

“Saya minta maaf, majlis ini secara tertutup & hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat. Kalau boleh saya tidak mahu hebahkan perkara ini kerana banyak hati yang perlu untuk saya jaga terutamanya rakan rakan artis dan media,” ujar Bront Palarae.

Bront Palarae juga dilaporkan meminta jurugambar Utusan Malaysia memadam semua gambar yang dirakamkan sepanjang majlis pernikahan beliau.

Nama Sebenar: Nasrul Suhaimin Saifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1978
Asal: Alor Setar, Kedah.
Kerjaya: Pelakon, Penulis Skrip, pengarah dan penerbit.
Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23
Filem: Lang Buana, Man Laksa, Castelo, Bilut, Tipah Tertipu, Dukun, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang, Setam, Remp-it V3, Belukar, Hanyut, Ombak Rindu, Kongsi, Sekali Lagi, Bunga Lalang, Bara Jiwa dan dua filem antarabangsa Quattro Hong Kong 2 (China) dan Liberating Soul (Jepun).



0 comments:

Post a Comment