Zizan
yang kami temui sebaik sahaja selesai konsert Prelude AF 2013 di Padang
MPK 4, kuantan nyata teruja dengan tanggunjawab besar yang diberikan
kepada dirinya dan sukar baginya untuk menolak tawaran yang telah
diberikan oleh pihak Astro.
“Walaupun
dulu saya pernah pergi audition AF masa musim ke 4 dan hanya lepas
peringkat ke 2, tapi sekarang syukur saya diberi satu tanggunjawab besar
menjadi pengacara AF 2103 dan meneruskan legasi Dato Aznil & juga
Dato Ac.”
“Bagi
saya tidak salah kalau hendak melawak di pentas AF2013, tapi biarlah
kena pada cara dan keadaannya, Ada waktu saya serius dan adakalanya saya
akan melawak. Lagipun sebagai pengacara AF2013 saya kena sedar tentang
Koordinat saya sebagai pengacara”
“Lagipun
pihak Astro sendiri tidak ada meletakkan garis panduan yang perlu saya
ikut pada malam ini sebagai pengacara, mereka memberi saya kebebasan.
Dari respon yang saya baca di media sosial Alhamdullilah ramai memberi
komen yang positif untuk konsert minggu ini.”
Jelas
Zizan juga menjadi pengacara AF2013 amat berlainan dengan program yang
lain kerana untuk AF2013 dia perlu memainkan peranan emosi yang pelbagai
bagi memberi impak yang lebih kepada penonton.
-buahmulut-
0 comments:
Post a Comment