14:41 5

Aduan Kereta Proton Preve Rosak Yang Serius


Wow nampaknya Proton telah dikecam ekoran aduan seorang pengguna di FB yang membuat aduan tentang kereta barunya Preve. Status ini menjadi viral dan mendapat sokongan pengguna PROTON yang lain.
 Secara keseluruhan memang kereta Proton mempunyai masalah terutama dari segi kerosakkan dashboard, tingkap dan komponen kecil yang sering berlaku. Saya sendiri memiliki kereva Savvy dan Wira yang kedua-duanya mempunyai kerosakkan "tinkap tersangkut" dan "dashboard jammed".
Walaubagaimanapun masalah yang dialami oleh pengguna bernama Lan ini amat serius dan tidak wajar buat kereta yang berusia seminggu.
JOM BACA ADUAN PENUH DARI LAN HALAMY
Saya telah membeli sebuah kenderaan jenama Proton Preve dan kenderaan tersebut telah dihantar kepada saya pada 27 Ogos 2013. Didapati kereta yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran WYV XXXX mengalami kerosakan. Secara kronologi, saya akan huraikan permasalahan yang terjadi.

28 Ogos:
Kereta yang dipakai dan baru berusia sehari telah pun rosak di bahagian 'compartment box' di sebelah penumpang tempat duduk hadapan. Compartment box tersebut tersekat (jammed) dan tidak boleh dibuka. Pada mulanya saya fikir terdapat satu 'safety button' untuk membukanya, tetapi setelah menelefon salesman yang menjual kereta itu kepada saya (wakil jualan dari Azitin Auto Sdn. Bhd.), beliau hanya mengarahkan saya untuk merujuk masalah itu kepada pusat servis yang terdekat. Pada hari yang sama, saya membawa kereta itu ke Pusat Servis Proton (High Power Auto Sdn. Bhd.) di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan mekanik di situ cuba menyelesaikan masalah saya. Tetapi gagal, masalah yang sama tetap berlaku.

30 Ogos:
Saya dapati terdapat kerosakan pada brek tangan, apabila kereta sudah diparkir, brek ditarik, tetapi brek tidak 'lock', 'handle' nya jatuh secara tiba-tiba dan kereta menggelongsor ke depan. Mujurlah saya berada di situ dan sempat menahannya dengan tangan dan saya juga bernasib baik kereta tidak diparkir di tempat yang curam. Kereta saya hampir melanggar sebuah kereta yang diparkir di hadapan, dan kalau tidak bernasib baik, saya juga mungkin digilis hidup-hidup.

2 September:
Sekali lagi saya merujuk ke pusat servis yang sama untuk menyelesaikan masalah saya. Mekanik di situ cuba membaiki handle pada brek tersebut. Setelah hampir sejam, pembaikan selesai. Apa yang mengejutkan saya, sejurus selesai menyiapkannya, mekanik tersebut memberitahu yang kerja-kerja dilakukan tidak mempunyai jaminan keselamatan dan tidak tahu selama mana ia akan bertahan. Beliau menyuruh saya merujuk masalah kereta saya ke ibu pejabat Proton di Glennmarie. Memandangkan tiada kenderaan ganti untuk saya, saya cadangkan kepada mereka untuk membuat temu janji dahulu sebelum saya ke sana.

Pada hari yang sama juga, saya telah buat aduan di Facebook Proton Holdings Berhad mengenai masalah yang saya hadapi, tetapi keesokan harinya baru mereka membalas.

3 September:
Wakil Facebook Proton Holdings Berhad mengatakan, masalah saya sudah dirujuk dan seorang wakil dari Proton We Care akan menghubungi saya untuk menilai permasalahan yang dihadapi. Tetapi, tiada wakil Proton We Care yang menghubungi saya pada hari tersebut.

4 September:
Lebih kurang jam 10.15 pagi, seorang wakil dari Proton We Care bernama Arif telah menghubungi saya. Cadangan beliau untuk saya merujuk kereta saya ke pusat servis yang lain amat mengecewakan. Saya hanya bercakap dengan beliau yang saya hendakkan 'full refund' kalau begitulah tahap cadangan oleh Proton untuk menyelesaikan masalah saya. Setelah digasak bertalu-talu, beliau akhirnya mengatakan yang masalah kereta saya perlu dirujuk kepada 'specialist', dan meminta saya menunggu untuk dihubungi, tetapi seperti yang saya duga, tiada siapa dari pihak Proton yang menghubungi saya pada hari tersebut.

Pada hari itu juga saya mendapati terdapat kerosakan baru di bahagian gear kereta di mana gear satu dan gear 'reverse' susah untuk masuk.

Saya amat kecewa dengan kualiti produk oleh Proton walaupun pada hemat saya sebelum ini kualiti Proton telah dinaik taraf, tetapi sebenarnya ia masih lagi di takuk lama. Saya rasa sangat tertipu dengan pembelian yang telah dibuat. Proton seolah olah membekalkan 'kereta rosak' dan berisiko tinggi kepada pengguna dan hak mereka juga nampaknya tidak terbela.

Dalam kes saya, saya kira saya amat bernasib baik, kerana setakat ini, kerosakan yang dialami oleh kereta saya tidak membabitkan kemalangan jiwa. Tetapi kerosakan brek tangan ini adalah kerosakan yang major sebab ada 'safety issue' dan boleh membahayakan diri saya sebagai pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Saya juga tidak dapat bayangkan, kalau kereta itu menggelongsor ketika saya tiada didalamnya, ia mungkin akan menyebabkan kecelakaan yang lebih buruk.

Saya berkira untuk mendapatkan kereta yang baru memandangkan ini bukan soal yang remeh, malah melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya. Saya bercadang untuk meminta Proton membuat 'buy-back' kereta saya dan digantikan dengan yang baru, atau Proton boleh mengambil semula kereta saya dan memberikan 'full refund'. Jika kedua-duanya enggan dipersetujui oleh Proton, maka saya akan cuba dengan jalan undang-undang supaya dapat saya justifikasikan yang Proton telah 'menyamun' saya.

Saya harap masalah saya ini diambil kira dengan kadar segera memandangkan saya sedang memandu kereta yang amat 'berisiko' walaupun usianya BARU SEMINGGU.

5 comments:

  1. PROTON=POWERWINDOW ROSAK OHH TOLONG OHHHH... NOOOOO.....

    ReplyDelete
  2. PROTON=POWERWINDOW ROSAK OHH TOLONG OHHHH... NOOOOO.....

    ReplyDelete
  3. boleh saya dapatkan nombor tel encik yg mengalami masalah ni?saya pun menghadapi masalah yg sama..please...

    ReplyDelete
  4. Biasalah........Proton.......

    ReplyDelete
  5. Saya pn tak berpuas hati dengan keadaan Preve saya... masalah yang tiada jln penyelesaian .. ada terfikir nak jual balik .. tapi ruginya kita... kini preve sy dah 19 bulan jawapan mereka kita sedang mencari punca masalah tu...

    ReplyDelete