20:57 0

Gambar majlis pertunangan Safiq Rahim dan Zandra Aziela



Gambar majlis pertunangan Safiq Rahim dan Zandra Aziela 

Tahniah kepada pemain kebangsaan bolasepak, Safiq Rahim selepas selamat bertunang dengan gadis pilihannya, Zandra Aziela yang juga merupakan pemain kebangsaan boling Malaysia tiga minggu lepas.

Semalam, menerusi perkongsian beberapa keping gambar melalui akaun Instagram, Zandra Aziela difahamkan telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan Safiq Rahim dalam satu majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Menulis di Instagram, Zandra Aziela memaklumkan yang keputusan untuk bertunang di’buat tiga minggu lalu dan persiapan majlis pertunangan ini banyak dilakukan oleh ahli keluarga & sahabat handai ketika beliau dan Safiq Rahim masing masing di luar negara.

Zandra Aziela mengenakan busana rekaan Rico Rinaldi dan tunangnya, Safiq Rahim tidak dapat hadir ke majlis ini difahamkan sedang berada di luar negara bersama pasukan bola sepak Malaysia. Jutaan tahniah buat kedua dua mereka!

 Jom layan beberapa keping gambar sekitar majlis pertunangan Safiq Rahim dan Zandra Aziela di bawah.






0 comments:

Post a Comment