09:35 0

(Al-Fatihah) Noreen Noor Meninggal Dunia



Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka. Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak.

Noreen Noor merupakan salah seorang penyanyi serta pelakon dari Singapura sekitar tahun 1980-an. Beliau juga pernah memenangi satu pertandingan nyanyian ketika berusia lima tahun dan ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk "Kepastian" bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS) yang juga langkah pertamanya dalam bidang seni. Antara album yang dikeluarkan selepas itu ialah "Dariku Untukmu", "Air Mata dan Sunyi". Lagu-lagu beliau juga seringkali dimainkan di radio seperti lagu "Siang Terbayang Malam Merindu".

Selain daripada bernyanyi, beliau juga pernah menceburi bidang perfileman. Lakonan pertamanya berjudul "Talak" pada tahun 1980. Antara filem lain yang dibintangi beliau adalah seperti "Hantu Siang", "Wira Angkasa" dan "Pelumba Malam".



0 comments:

Post a Comment