Searching...
15:49 0

Belum Dapat Hidayah - Didie Alias


Pelakon komedi, Didie Alias masih belum bersedia untuk berhijrah dan bertudung menutup aurat walaupun empat anak perempuannya kini sudah pun bertudung dan menutup aurat sejajar dengan ajaran Islam.

Walaubagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata dia akan cuba untuk mengurangkan sedikit imej melampau dan pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini.

Kata Didie:

“Cita-cita untuk berhijrah itu sudah ada. Cuma, belum sampai masanya lagi. Lagipun, ini bukanlah kuasa kita.

“Insya-ALLAH, jika sudah sampai hidayah untuk saya bertudung, maka saya akan pakai. Tetapi jika dah mula pakai, biarlah ia kekal sampai bila-bila,”

“Anak-anak tiada masalah. Mereka memahami saya. Tahun ini, anak-anak saya akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” 

0 comments:

Post a Comment