16:03 0

Punca Anak Penjaga Gol JDT Meninggal Dunia




Tewasnya Johor Darul Takzim semalam mendapat liputan meluas apatah lagi dibenam Kelantan 6-1. Admin yang berasal dari Johor mengucapkan tahniah buat pasukan Kelantan yang bermain cemerlang, dan tahniah juga buat pemain JDT yang telah mencuba yang sebaik mungkin.

Sepanjang perlawanan kelibat penjaga gol utama JDT, Al- Hafiz tidak kelihatan, ini kerana anak sulungnya telah kembali menghadap Illahi apabila disahkan meninggal dunia semalam.

Doktor mengesahkan bahawa anak sulung Al-Hafiz iaitu Muhammad Adam Farish meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Anak kecil yang masih berumur 2 tahun itu dilaporkan kritikal sebelum meninggal pada pukul 3 pagi 5 oktober 2013 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Al-Hafiz dan semoga tabah menghadapi dugaan sebesar ini. Pada perlawanan suku akhir semalam Hafiz tidak diturunkan kerana kecemasan mendapat berita mengenai anak beliau. Hafiz difahamkan telah tiba di Kelantan namun terpaksa patah balik ke Johor.





0 comments:

Post a Comment