13:53 0

Buktikan saya bedah - Tasha Shilla



Kisah yang tersebar tentang Tasha Shila yang dikatakan telah membuat pembedahan hidung dan payudara untuk kelihatan lebih cantik. Dia dikatakan telah membuat pembedahan itu di Bali , Indonesia.

Tasha menerusi Kosmo hari ini menafikan dakwaan mengarut itu:-

Buktikan kepada saya (nada tegas)! Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini.

Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Tasha berkata;

Saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Cameron Highlands dan di sekitar Kuala Lumpur untuk slot Samarinda. Sementara, pada hujung bulan November pula, saya akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM dan jangan lupa saksikan lakonan saya dalam drama Ciptaan Terindah pada Sabtu, 19 Oktober ini di TV3 menerusi slot Cerekarama.


0 comments:

Post a Comment