London – Untuk menjauhkan sebarang
potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di
China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari
pinggang sehingga ke buku lali.
Sekeping gambar dimuat naik laman
sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model
mengenakan bulu kaki tiruan itu.
Mengiringi gambar itu ialah keterangan
mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis
bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu
boleh dibeli.
Carian di Internet juga gagal mendapat
jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang
memberikan pelbagai reaksi.
Satu daripada komen pelayar
menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang
itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan
pemakainya.
“Ia bukan saja menjauhkan orang
tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri
anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah
memperoleh kaki berbulu.
“Tidak mencukur kaki adalah
pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis
berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki
dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.
Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu
mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan
menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. – Daily
Mail.
0 comments:
Post a Comment