15:03 2

Dirotan hingga koyak peha

“Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya dan menerima sebanyak 30 jahitan dipehanya. 

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab. 

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September. 

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.

HOTLIPS :- Kalau nak memberi pengajaran pada pelajar tak perlulah sampai merotan hingga mendatangkan mudarat pada pelajar tersebut. Harap pihak yang wajib ambil tindakan sewajarnya terhadap kelakuan melampau ustaz tersebut.




2 comments:

  1. Kurang ajar punya bangla! Suka hati belasah anak orang sampai luka parah mcm tu. Kalau ye pun budak tu buat silap tak boleh ke denda dgn perkara yg lebih berfaedah? Kalau kena pada anak saya mmg cnfm saya cari bangla tu sampai lubang cacing!!

    ReplyDelete
  2. Gila punyer bangla....harap pihak polis ambil tindakan yg sewajarnyer

    ReplyDelete