Sidang Akhbar Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akhirnya setuju mengadakan sidang akhbar tergempar pada Jumaat ini bagi menjawab segala persoalan tentang isu perkahwinan mereka yang tersebar meluas.
Selain Aeril, Wawa Zainal turut hadir pada sidang tersebut untuk mengotakan janjinya
mahu membuat pendedahan identiti dalang utama yang menyebarkan gosip
perkahwinan mereka.
Buat masa sekarang kedua-dua mereka membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja.
Buat masa sekarang kedua-dua mereka membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja.
"Semua perkara mengenai saya akan
terjawab pada hari itu. Buat masa ini, saya tidak mahu membuat sebarang
komen mengenai hal peribadi saya. Pada Jumaat ini, Wawa Zainal akan
hadir sekali menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya semua
pihak."
Dalam perkembangan sama, pengurus Aeril mahu pihak yang melaporkan berita mengenai pernikahan dan kelahiran bayi didakwa milik pasangan pelakon tersebut tampil membawa salinan dokumen sebagai bukti pendedahan tersebut pada sidang akhbar berkenaan nanti.
"Saya tidak bermaksud untuk mencabar sesiapa tetapi jika pihak berkenaan berani menyiarkan berita sedemikian, mana bahan bukti untuk mengesahkan laporan itu."
0 comments:
Post a Comment