Searching...
12:19 0

Erra Fazira ada kekasih baru?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pula timbul cerita mengaitkan pendatang baru dalam industri hiburan, Amar Baharin sedang hangat bercinta dengan Erra Fazira.

Di minta mengulas tentang gosip terbaru ini, Amar menganggap perkara tersebut sebagai sangat kelakar dan tidakmasuk akal. Menurutnya, dia tidak layak mendampingi Erra Fazira kerana status mereka yang berbeza.

"Sungguh pun ia hanya gosip tetapi nama saya tidak layak untuk disebut sebaris dengan pelakon terkenal seperti Erra dan saya sebagai pendatang baru dalam industri sangat menghormatinya."

"Kadang-kala apabila difikirkan, gosip itu sebenarnya kelakar dan saya tidak faham mengapa ada pihak yang ingin timbulkan isu yang tidak pernah terjadi."



Untuk pengetahuan, Amar sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Erra sehingga dituduh sebagai orang ketiga yang menjadi punca pergolakkan rumahtangga aktress popular itu, dipetik dari mStar.

Apapun, di sebalik gosip liar itu, finalis Anak Wayang (2009) ini tidak mahu dilabel sebagai artis yang ingin mengejar populariti.

"Gosip itu tidak benar sama sekali dan saya sendiri tidak tahu siapa yang menyebarkannya dan bimbang juga orang ingat saya pula yang reka-reka cerita sebab nak kejar populariti.
-Ceritakosongku


0 comments:

Post a Comment