17:47 0

Shila Hamzah akui pernah dipukul kekasih

Isu keganasan seorang lelaki dalam filem Bercinta yang kini sedang menemui penonton di pawagam cukup membuat penyanyi jelita, Shila Amzah untuk membuka kembali kisah silamnya. 

Menerusi status terkini beliau di Twitter, Shila mengakui pernah mengalami situasi ngeri seperti dipaparkan dalam filem berkenaan oleh individu yang rapat dengannya dulu. Berikut ialah bunyi status itu. 

Ekoran status Shila yang penuh dengan teka-teki, portal GUA telah menghubungi penyanyi lagu Patah Seribu itu untuk mendapat penjelasan lanjut. Shila tanpa berselindung memberitahu dia memang pernah menjadi mangsa keganasan seorang lelaki suatu ketika dulu. 

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu.” Siapakah individu yang dimaksudkan oleh Shila Amzah? 

Memandangkan dia belum pernah berkahwin, ramai peminat beranggapan orang yang dimaksudkan ialah kekasih lamanya. Apapun, sukar untuk membuat apa-apa spekulasi berhubung individu yang dimaksudkan itu.


0 comments:

Post a Comment