20:40 1

Ainan Tasneem Jawab Isu Sertai Parti Politik Pembangkang


Penyanyi kecil molek yang dihasil dari YouTube, Ainan Tasneem telah dikatakan menyertai parti pembangkang setelah memenuhi undangan ke sebuah majlis anjuran pihak pembangkang tersebut.

Ainan, 21, berkata, dia hanya memenuhi undangan bagi melaksanakan tugasnya sebagai seorang penyanyi tanpa mengira perbezaan parti politik dan menganggap ianya hanyalah kerja.

Jom dengar apa kata Ainan:

"Saya hadir pada majlis politik bukan untuk beri ceramah atau berkempen tetapi memenuhi undangan nyanyian sahaja.

"Sejak dua tahun lalu ketika awal-awal dikenali lagi saya sudah beberapa kali buat persembahan di negeri-negeri yang diperintah pembangkang," katanya kepada mStar Online.

"Saya masih muda dan saya belum pernah mengundi jadi saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penghibur. Saya tidak takut atau berasa ia satu kesalahan kerana di situ adalah rezeki saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ainan yang baru melancarkan album sulung berjudul Aku Suka Dia sedang sibuk dengan penggambaran klip video untuk single terbaharunya Kamu Saja.

 HOTLIPS: Takde masalah pun Ainan nak nyanyi mana-mana. Dah memang kerja dia. Banyak je artis yang menyatakan sokongan pada parti tertentu tapi tak terjejas pun, contohnya KRU, Azhar Sulaiman, Faizal Tahir, Abby, Yassin dan ramai lagi. Teruskan usaha Ainan.

1 comments: