20:55 0

Mr Bean Masuk Islam?




Berita yang hebat dan mengejutkan, apabila media Asia Barat melaporkan yang bintang komedi terkenal, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean dikatakan telahpun memeluk agama Islam.

Walaupun berita ini belum disahkan sepenuhnya oleh Mr Bean, namun menurut beberapa sumber, Mr Bean dikatakan terbuka untuk memeluk Islam selepas menonton filem penuh kontroversi kerana menghina Nabi Muhammad, Rasulullah S. A. W iaitu Innocent Of Muslim arahan Nakoula Basseley Nakoula.

Menurut satu media Islamik iaitu Islampos.com:

“Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat. Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.”
  

HOTLIPS: Jika benar berita ini sahih, memang bersyukur buat Rowan yang diberi hidayah oleh Illahi.


0 comments:

Post a Comment