Faizal Ismail Jawab Kenapa Dia Berhenti
Minggu lepas ramai yang terkejut dengan perletakkan jawatan Faizal Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI sebagai penyampai radio Hot FM. Ramai yang tertanya-tanya samada ini hanya gimik ataupun serius. Jika serius apa pula puncanya, adakah beliau akan berpindah ke stesyen lain?
Semuanya terjawab apabila FBI mengadakan sidang media khas
yang diadakan semalam di Restaurant Marche, The Curve. Sebelum itu beliau tidak lupa
untuk memohon maaf diatas kesulitan yang dialami oleh pihak media. Bukan
sengaja mahu mengelak, namun dia ada sebab tersendiri untuk tidak
memberikan apa-apa ulasan. Antaranya sebagai menghormati pihak tempatnya
bekerja sekarang.
Berikut jawapannya:
“Pertama sekali, saya memohon maaf
kerana selepas membuat pengumuman peletakan jawatan pada 24 Oktober
lalu, saya gagal dihubungi pihak media. Ini kerana saya mahu menghormati
pihak tempat saya bekerja yang juga terkejut dengan keputusan saya.
“Saya letak jawatan bukan kerana tawaran
lumayan daripada stesen radio lain! Tindakan ini dibuat bukan kerana
saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai
masalah dengan Hot FM. Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima
sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi
mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak
benar.
“Saya memang mengambil keputusan untuk
meninggalkan stesen radio Hot FM tetapi bermula Disember ini saya akan
kembali ke stesen itu sebagai penyampai sambilan sahaja. Saya akan ke
udara pada hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad. Saya mengambil
langkah ini untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan yang saya
jalankan iaitu FBI Entertainment yang saya usahakan bersama isteri. Saya
mahu pecahkan kepompong, luaskan pengalaman dan mencabar diri untuk
terlibat dalam bidang perniagaan pula dan saya mahukan perubahan dalam
hidup.
“Selepas ini, perniagaan adalah
keutamaan. Setakat ini, saya tidak berminat langsung untuk ke stesen
radio lain seperti yang diperkatakan ramai. Bagaimanapun saya masih
mengacarakan rancangan televisyen seperti biasa".
0 comments:
Post a Comment