Searching...
17:55 0

Kes rompakan melibatkan pengawal keselamatan

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pagi tadi. 

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek berasal dari Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu. Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan. Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

0 comments:

Post a Comment