11:28 0

Fida Ibrahim Sertai Maharaja Lawak Mega 2013



Fida Ibrahim Sertai Maharaja Lawak Mega 2013


Selebriti yang penuh kontroversi, Fida Ibrahim kini menambah satu lagi cabang di dalam kariernya apabila bakal menyertai Maharaja Lawak Mega 2013.

Walaupun gagal dalam program realiti nyanyian AF 2013, kini Fida tidak berputus asa dan cuba menyertai program realiti komedi, Maharaja Lawak Mega pula. Sememangnya beliau ratu rancangan realiti.

Kisah Sertai MLM

Dikatakan pada mulanya Fida menghubungi Jep Sepahtu dan Mamat Sepah untuk bertanya jika Fida mampu bersama-sama memeriahkan MLM 2013 kali ini. Jep memberi pendapat lebih elok jika Fida memasuki kumpulan Mamat kerana pernah bekerjasaman dan rapat dengan Mamat. Walaubagaimanapun, Mamat telah menolak permintaan Fida dengan alasan sudah mempunyai kumpulan tersendiri.

Tidak lama kemudian, Fida telah dilamar oleh dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Dato Ali Mamak dan Aziz Kota untuk menubuhkan kumpulan Santan dan merebut kerusi panas di MLM 2013.

Kata Fida:

Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam sebuah sitkom Warna Raya 2013. Dalam sitkom tersebut saya pegang watak isteri, jururawat dan juga orang Indonesia. Datuk Ali Mamak ada menonton sitkom tersebut dan tertarik lalu menjemput saya menyertai kumpulannya. Saya pun tidak tahu boleh buat lawak atau tidak, tetapi apabila orang sudah beri kepercayaan dan juga melalui pengalaman saya bergaul dengan pelawak-pelawak, ia boleh beri saya inspirasi untuk melawak.

SENARAI PENUH PESERTA MLM 2013 --> [klik sini]

0 comments:

Post a Comment