Penyanyi popular, Shila Amzah telah sedia menerima pelakon Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya mereka ada jodoh.
Shila berkata, setakat ini Johan antara sahabatnya yang paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti pasangan bercinta.
"Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta.
"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti,"
"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.
"Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya.
“Saya tidak meletakkan target untuk mengakhiri zaman bujang, dan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu dan asalkan dia menghormati saya dan yang terutamanya kedua-dua ibubapa saya.
Pengalaman lepas banyak mengajar kehidupan saya dan kini saya lebih matang dan lebih suka berterus terang dalam membuat sesuatu keputusan. Sekarang saya lebih positif dan menuju ke hadapan dalam merentasi fasa kehidupan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment