22:21 0

GAMBAR: MasWings Terhempas Di Kudat, 1 Maut, Enam Cedera




KOTA KINABALU –  Sebuah pesawat Twin Otter kepunyaan MASwings terhempas di hadapan sebuah rumah yang terletak di kampung Sin San, Kudat dalam suatu kejadian yang berlaku semasa sembahyang Asar petang tadi.
Dalam kejadian tersebut, juruterbang pesawat tersebut dikatakan patah kaki manakala dua orang yang lain cedera parah. Polis mengesahkan seorang penumpang terbunuh manakala enam lagi cedera.

Kumpulan penyelamat 10 orang yang diketuai oleh Abd Mujun tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan. 
Mereka berjaya mengeluarkan seramai 16 lagi mangsa kejadian yang mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan lanjut.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

“Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan.

Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit belum memberi sebarang komen mengenai insiden itu. – BERNAMA






0 comments:

Post a Comment