18:15 0

Harith Iskander timang anak kedua

Tiada angin dan tiada ribut, pelakon dan pelawak popular Harith Iskander telah berkongsi di akaun Instargamnya bahawa dia dan isterinya Jezamine Lim telah selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka.

Tidak pula dengar desas desus isteri kepada Harith Iskander ini hamil buat kali kedua. Dikatakan bahawa Jezamin Lim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 11.26 pagi tadi dan tiada maklumat lanjut setakat ini.

Namun, Harith Iskander sempat berkongsi gambar anak perempuan mereka di laman Instagramnya.
Caption Instagram yang berbunyi : -

'This lilttle girl arrived at 11.26am. My wife is a champion'.

Taniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini kerana mendapat lagi satu zuriat. Terdahulu, Harith Iskander dan Jezamin Lim telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Zander Xayne Iskander.



0 comments:

Post a Comment