20:08 0

Johan Asari Berlakon Adegan Panas




Pelakon Johan As'ari, telah melakonkan satu adegan panas dalam sebuah filem seram bertajuk PAKU.

Johan berkata ketika melakonkan adegan itu, dia yang bergandingan dengan pelakon baru Aishah Alias telah meminta beberapa krew sahaja dibenarkan berada di set tersebut ketika babak itu dilakonkan.

"Saya pertama kali bawa watak yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakonkan kerana saya belum berkahwin, begitu juga Aishah, jadi kami minta agar krew yang tidak terlibat keluar daripada set tersebut.

"Saya tidak mahu perkara ini akan menimbulkan fitnah dan mengelakkan gambar yang tidak sepatutnya diambil dan tersebar,"

"Saya bertanya kepada pengarah macam mana nak buat aksi ini, dia kata ia seperti selepas bermain bola, jadi saya terpaksa berlari mengelilingi kawasan lokasi terlebih dahulu untuk mendapatkan perasaan itu,"

Filem Paku bercerita tentang seorang suami yang tidak dapat menerima kematian isteri, lantas menggunakan ilmu hitam untuk menghidupkan kembali isterinya dan turut dibintangi oleh Azad Jasmin, Diddy Hirdi, Zaidi Omar dan Kamal Adli.

Ia akan ditayangkan di pawagam pada 12 Disember depan.

0 comments:

Post a Comment