20:28 0

Saiful Apek Bebas Tuduhan Dadah



Pelawak dan bekas Bintang Paling Popular, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya tiga tahun lalu.

Apek bersama tiga pekerjanya dibebaskan setelah pihak Majistret mengesahkan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Apek yang kini berusia 44 tahun itu memanjatkan rasa kesyukuran kerana setelah tiga tahun beliau turun naik mahkamah dan akhirnya kini beliau dapat hidup seperti sediakala.

Menurut pelawak itu lagi, selepas ini beliau berharap namanya dapat dibersihkan dan beliau tidak menolak yang dirinya telah disabotaj.

Saiful Apek juga mendakwa dirinya dianiaya oleh pihak-pihak yang dengki dengan kerjaya sebagai artis. Kata Saiful Apek:-
“Saya juga menyatakan bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah terutamanya yang membabitkan sebarang penggunaan dadah terlarang. Saya percaya telah dianiaya oleh pihak-pihak yang dengki dengan kerjaya saya sebagai artis

0 comments:

Post a Comment