23:46 1

Majoriti Penonton Kurang Gemar Ray dan Hanif Jadi Pengadil Super Spontan



Majoriti Penonton Kurang Gemar Ray dan Hanef Jadi Pengadil Super Spontan

Super Spontan merupakan antara rancangan paling hot setiap hari jumaat dan mendapat rating yang amat tinggi. Rancangan ciptaan Afdlin Shauki ini kini memasuki musim kedua setelah musim pertama dimenangi oleh Zizan.

Musim ini lebih banyak pelawak hebat yang menyertai Super Spontan ini seperti pelawak lelaki terbaik, Jep, Shuib, Yus dan Tauke, Along, Ajak Shiro dan banyak lagi. 5 finalis tahun lalu juga menyertai dan bersaing semula pada tahun ini termasuk naib juara tahun lalu, Johan.

Paling ketara ialah pengadil dan pengacara baru yang diperkenalkan untuk mengukuhkan lagi branding ERA FM, "JOHARA" iaitu Ray dan Hanif. Kehadiran pengacara ini bagaimanapun mendapat kritikan negatif daripada majoriti penonton.

Ramai penonton ternyata menyampah dan tidak menggemari gaya pengacaraan duo ini apabila dibandingkan dengan Adibah Nor, pengacara terdahulu. Pasangan pengacara ini juga dikatakan berat sebelah, mungkin kerana sering memberikan kad kuning kepada Semut Sentap.

Selain itu, penyingkiran Shuib juga menjadi persoalan kerana beliau lebih baik prestasinya berbanding Suhaimi atau Along yang lawaknya agak kurang menyerlah walaupun bermain banyak permainan. 

hotlips: saya suka Jep, terbaiikkkk!! gaya spontan yang amat lawak dari Jep.







1 comments:

  1. bole bla la Ray dan hanip tu...suka buat lawak bodo

    ReplyDelete