10:20 0

Pasangan Selebriti Bertengkar Kerana Duit


Pasangan selebriti popular Ben Afleck dan isteri yang juga pelakon popular, Jennifer Garner sering dilihat bahagia. Mereka mempunyai 3 orang anak bersama 2 perempuan dan seorang lelaki.

Walaubagaimanapun dilihat sentiasa gembira dan bahagia, namun terdapat satu perkara yang membuatkan bintang filem itu geram dan berang dengan tabiat isterinya.

Menurut laporan Showbitzspy, Ben pernah menegur dan mengugut untuk menyekat kad kredit isterinya kerana terlalu boros membeli belah.

Hal tersebut tersebar dan diketahui umum selepas Jennifer dan anaknya Violet ke kedai pakaian Pom Bensin di West Hollywood, Amerika Syarikat di mana mereka mendapat perhatian orang di sekeliling kedai berkenaan.

"Jennifer mengeluarkan kad kredit dan kemudian Violet terus mengingatkannya berkata 'Ayah dah pesan jangan boros, kalau tak dia akan sekat kad kredit kamu' di depan jurujual," kata sumber.

Kata-kata Violet membuatkan wajah Jennifer merah padam dan dia terus menyangkal anaknya mengatakan: "Violet, ayah kamu cuma bergurau."

Menurut sumber perkara ini benar dan bukannya gurauan oleh Ben dan sepatutnya dijadikan sebagai teladan kepada isteri Ben Affleck tersebut.


0 comments:

Post a Comment